Objektif Pusat Sumber ag00029_.gif (4339 bytes)

Sesuai dengan kehendak kementerian pendidikan, Pusat Sumber ini telah memilih beberapa objektif penubuhannya iaitu:

  1. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan potensi individu dalam pencapaian akademik serta sahsiah.
  2. Menggalakkan murid-murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber supaya mereka tidak hanya bergantung kepada penggunaan buku teks dan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka.
  3. Memupuk tabiat belajar sendiri di kalangan murid di mana murid-murid akan membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat yang terdapat di Pusat Sumber secara sistematis.
  4. Membantu murid-murid dan guru menghasil dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran pembalajaran.
  5. Mengadakan beberapa perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid-murid.
  6. Melatih murid menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.