Make your own free website on Tripod.com

Peraturan Meminjam Buku

  1. Semua murid yang mempunyai Kad Pinjaman layak meminjam buku dari PSS.
  2. Murid-murid yang mempunyai Kad Pinjaman sahaja dibenarkan membuat pinjaman.
  3. Hanya sebuah buku sahaja yang boleh dipinjam daripada satu Kad Pinjaman. Had maksimum meminjam buku yang dibenarkan adalah 2 buah buku sahaja bagi satu-satu masa.
  4. Semua buku yang terdapat di PSS boleh dipinjam oleh murid kecuali buku rujukan.
  5. Serahkan Kad Pinjaman dan buku ke kaunter semasa proses pinjaman.
  6. Urusan pinjaman dan pemulangan hanya boleh dibuat di kaunter PSS.
  7. Murid-murid adalah bertanggungjawab di atas kebersihan dan keadaan buku yang dipinjam.
  8. Tempoh meminjam sebuah buku adalah selama 7 hari.
  9. Buku yang lewat dipulangkan dari tarikh pemulangan akan dikenakan bayaran denda sebanyak 10 sen sehari lewat.
  10. Buku yang hilang hendaklah diganti atau membayar dengan mengikut harga buku tersebut.
  11. Murid-murid yang melanggar Peraturan Pinjaman Buku akan disenarai hitamkan dan tidak boleh meminjam sebarang buku dari PSS.