Definasi Pusat Sumber

ag00052_.gif (6996 bytes) Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taiping adalah sebuah tempat yang menyediakan beberapa kemudahan seperti pinjaman  peralatan, pinjaman buku, bahan rujukan, 
penggunaan ruang dan sebagai tempat pengumpulan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang pengurusannya adalah secara teratur agar mudah untuk diperolehi oleh guru dan murid.

Pusat Sumber ini juga menyediakan maklumat, perkhidmatan, dan peluang bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan beberapa kursus pendedahan kepada guru-guru dan murid-murid bagi membentuk masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran.